Friday, November 11, 2011

Krisis Rumahtangga? Amal Ini Dahulu

Posted by alQasam at 12:26 AM 14 comments
Bismillah

Allahummasolli'alannabi

Pelbagai masalah rumahtangga dihantar ke emel saya.

Saya bukan pakar kaunseling keluarga. Jesteru tidak semua soalan dapat saya jawab. Seandainya tidak mendapat apa-apa respon saya berikan 4 panduan asas di bawah.

Di harap para pengungjung blog dpt amalkan 4 perkara ringkas untuk keberkatan dan panduan asas keluarga.

1) Pelihara solat dan ibadah-ibadah wajib
2) Sentiasa bermesyuarat dengan ahli keluarga
3) Sentiasa menambah ilmu dengan guru dan Ulama amilin
4) Sentiasa melazimi amalan-amalan sunnah, wirid dan solat taubah

Hikmah 4 perkara di atas

1= akan dipelihara ALLAH. 2= mendapat keberkatan dan mengelak krisis 3= memeperkemas halatuju, jati diri,hubungan ALLAH dan manusia. 4= menguatkan spiritual, mental dan psikologi


Jika sekalipun salah seorang bermasalah, jika pihak lagi satu melazimi 4 perkara asas di atas inshallah, akan temui jalan keluar/penyelesaian.

Allahua'lam

Wednesday, April 20, 2011

Zihar Isteri

Posted by alQasam at 1:08 PM 4 comments
Assalamualaikum

Ada soalan dari seorang isteri tentang persoalan zihar. Namun email tersebut tidak dapat ditemui. Jesteru saya berharap agar penghantar email tersebut dapat melihat terus ke post ni.

Jawapan ringkas:-

Zihar bermaksud menyamakan belakang isteri dengan mahram si suami. Hukumnya haram.

Ulama bersepakat bahawa suami yang menzihar isterinya hukumnya adalah haram. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta” (Surah al-Mujaldalah:

Ulama Syafi’iyyah menyatakan lafaz menyamakan itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar.

Namun ia bergantung pada lafaz dan niat suami:-

1) Lafaz sorih (jelas) atau kinayah (sindiran)

2) Niat

Jika jelas, maka jatuh. Jika sindiran maka dilihat pada niat.

Seingat saya email tersebut berbunyi, jika kamu isteriku tidak mahu mandi sekali maka lebih baik etc. Maka lafaz ini adalah lafaz yang berbentuk sindiran perlu kepada [endetailan lagi. Jadi, saya minta kepada si penghantar email agar dapat email saya untuk pertanyaan lanjut (saya ingin bertanya beberapa soalan dahulu sebelum memberi jawapan pasti)

Wallahua'lam

Monday, April 11, 2011

Soal Jawab

Posted by alQasam at 11:38 AM 21 comments
Assalamuaalaikum

Bagi yang menghantar soalan menerusi email,saya akan jawab satu persatu mengikut turutan. Saya baru lepas berpantang. Inshallah.

Thursday, January 6, 2011

Hukum Penyusuan Dan Bank Susu

Posted by alQasam at 12:13 PM 0 comments
Saya diminta oleh dunia susu ibu menjawab persoalan hukum memberi susu yang diperah kepada anak-anak lain samada anak yang tiada ibubapa atau selainnya.

Bismillah

Apabila membicarakan persoalan penyusaan dan susu ibu di zaman moden, terdapat bebearapa garis pandu dan isu yang perlu diperhalusi.

PERTAMA, menjelaskan pengertian radha' (penyusuan) yang menjadi acuan syara' untuk menetapkan pengharaman.


“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23




Menurut perbincangan Ulama Fiqh klasik dan kontemporari harus kita memberi sususan secara percuma atau mengambil bayaran berdasarkan keharusan mengambil upah menyusukan bayi yang dilakukan pada zaman Nabi saw. Persoalan di sini apakah hukum dan garis pandu menderma susu atau memberi susu kepada bank susu ATAU individu tertentu.

Ringkasnya di sini terdapat tiga isu:-

1) Hukum Rodo' telah diringkaskan Ulama' apa sahaja cara susu sampai kepada bayi samada melalui hisapan atau kerongkong atau hidup. Ini pendapat kebanyakan Ulama' termasuk Dr Yusuf Qardhawi dan Ulama Mazhab yang tiga.Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Syafi'i yakni Jumhur atau majoriti Ulama'.


Riwayat pertama, lebih dikenal sebagai riwayat dari Imam Ahmad dan sesuai dengan pendapat jumhur ulama: bahwa pengharaman itu terjadi melalui keduanya (iaitu dengan memasukkan susu ke dalam perut baik melalui mulut maupun melalui hidung). Adapun yang melalui mulut (wajur), karena hal ini menumbuhkan daging dan membentuk tulang, maka sama saja dengan menyusu. Sedangkan melalui hidung (sa'uth), karena merupakan jalan yang dapat membatalkan puasa, maka ia juga menjadi jalan terjadinya pengharaman (perkahwinan) karena susuan, sebagaimana halnya melalui mulut. Riwayat kedua, menolak bahawa kaedah berkenaan tidak menyebabkan berlakunya pengharaman perkahwinan dengan alasan ia bukan salah satu bentuk penyusuan. (iaitu melalui hidung)


SEBAB PENGHARAMAN:-

Dalam hal ini, al-Qaradawi berpendapat, jika itu dijadikan 'illat atau sebab yang boleh mengharamkan perkahwinan karena ia boleh membentuk tulang dan menumbuhkan daging dengan cara apa pun, maka apa kurangnya memasukkan darah seorang wanita kepada seorang anak yang membolehkan wanita tersebut atau anak tersebut haram berkahwin dengannya. Malah proses memasukkan darah melalui pembuluh darah ini lebih cepat dan lebih kuat pengaruhnya daripada proses penyusuan. Tetapi hukum-hukum agama tidaklah dapat dipastikan dengan dugaan-dugaan, karena persangkaan adalah sedusta-dusta perkataan, dan persangkaan tidak berguna sedikit pun untuk mencapai kebenaran.

Ringkas sebab atau illah keturunan melalui penyusuan bukan kerana menghisap dari payudara tetapi KERANA

a) Susu sampai ke perut
b) Susu itu membentuk tulang, darah dan daging yang menjadi SEBAB tumbubesaran seseorang bayi.

Jesteru samada cara:-

1) Hisapan
2) Tuang
3) Suntikan
4) Botol

Kesmuanya dikira sebagai 'Rodo' atau sususan.


KEDUA: BANK SUSU ATAU DERMA SUSU


Menurut pendapat Dr Wahbah Zuhaily beliau menentang penubuhan bank susu dikhuatiri akan berlakunya pencampuran nasab.

Jesteru, penetatapan Majlis Fiqh sedunia telah mengeluarkan hukum di bawah:-

enetapan (Qarar) no. 6 (2/6) tentang Bank Susu Oleh Majlis Fiqh Islami

Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 bersamaan 10 – 16 Rabiul Akhir 1406;

Setelah penelitian terhadap isu Bank Susu berdasarkan disiplin ilmu Fikah dan perbincangan mendalam yang berlangsung dalam 2 sesi, Majlis Feqah Islami telah mendapati bahawa:


Pertama : Insititusi Bank Susu adalah merupakan ujian dan
eksperimen bangsa Barat. Namun institusi ini semakin
kurang mendapat perhatian kerana timbul anasir-anasir
negatif berdasarkan kajian dan tinjuan ilmiah.

Kedua : Seluruh umat Islam telah berijmak bahawa kesan dan
akibat penyusuan (rodho`) adalah sama seperti pertalian
keturunan dan darah (nasab). Sementelah pula Islam
datang dengan tujuan untuk menjaga kepentingan
keturunan (nasab) dan kewujudan Institusi Bank Susu
boleh menyebabkan percampuran keturunan secara tidak
Syar`iy dan menyebarkan keraguan.

Ketiga : Bayi-bayi yang kekurangan berat badan atau menghidapi
penyakit-penyakit tertentu (yang menjadikan susu badan
sebagai penawar) masih boleh dirawat melalui proses
penyusuan biasa sama ada daripada ibu kandung atau
penyusu upahan. Dari sudut ini, institusi Bank Susu
dilihat tidak relevan diwujudkan.


Atas sebab-sebab tersebut, penetapan (Qarar) Majlis adalah seperti berikut:

  1. Menentang kewujudan Bank-bank Susu Ibu di seluruh negara Islam
  2. Mengharamkan pengambilan susu dari bank tersebut. Wallahu a`lam.
ALTERNATIF ATAU GUIDELINE

i. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari lima kali yang mengenyangkan.
ii. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil “Ibu susuan” agar ia mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.

Tambahan dari saya:-

iii- Jika ingin menderma susu yang diperah yang berlebihan kepada hospital atau anak angkat, hendakalah si penderma memberi maklumat peribadi ATAU memaklumkan latar belakang.

iv: WAJIB mempunyai satu sistem yang mencatatkan salasiah kedua belah pihak. Wajib mengisi borang secara formal. Hendaklah si penerima juga mengisi borang secara formal dan mengetahui siapakah yang menderma susu kepada anaknya

vi: Sekalipun melalui blog atau sebagainya hendaklah dijaga garis pandu yang telah diberi syara' agar dapat menjaga kemaslahatan di masa akan datang walaupun kita asalnya hendak membuat kebajikan.

Wallahua'lam

Ustzah Sumayyah A.Aziz

Review/Ulasan tulisan Mohd Rumaizuddin Ghazali

 

Tanyalah Ustazah Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal