Monday, November 23, 2009

Permasalahan Haid: Habis atau Tidak?

Posted by alQasam at 12:20 PM
BismillahiMashALLAH

Allahumma Solli 'Ala Muhammad

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah : “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekatkan mereka, sebelum mereka suci.." AlBaqarah:222


MENGENAL BERAKHIRNYA HAID SECARA RINGKAS

Seputar Ramadan saya menerima beberapa persoalan sekitar masalah hubungan suami isteri wanita, haid dan feqh wanita serta yang sekitar dengannya.

Permasalah haid di kalangan wanita sangat halus lagi teliti perbincagannya di kalangan Fuqaha'. Ini kerana bukan sahaja permasalahan haid melibatkan kebersihan diri wanita tetapi ianya turut merangkum permasalahan ibadah juga jika seorang wanita telah berkahwin ia meliputi persoalan hubungan' jima'(persetubuhan) suami isteri seperti yang disebut dalam petikan ayat Quran di atas.


Selalunya masalah ini akan menjadi kecelaruan apabila di akhir tempoh fasa haid wanita. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan dan lain-lain lagi.

Terdapat soalan dikalangan akhwat kita berkenaan masalah haid.

Pertamanya mari kita renungi salah satu hadis utama yang menjadi sandaran fuqaha' bagi menganalisa permasalahan berhentinya haid wanita sebelum kita masuk lebih dalam ke dalam perbincangan ini.


Hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari)

PERBINCANGAN RINGKAS HADIS:-

Jesteru hendaklah bagi seorang wanita benar-benar memeriksa dan tidak tergesa-gesa untuk mandi wajib sebelum memastikan bahawa beliau telah suci sepenuhnya dari tempoh haid.

Menurut Ulama warna-warna darah haid terdiri seperti dibawah:-

1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh


Pertama:

Perhatikan waktu kebiasaan tempoh haid berakhir. Ini berdasarkan kiraan putaran kebiasaan setiap bulan. Menurut Mazhab Syafie' 7-8 hari kebiasaanya. Seperti dimaklumi menerusi kalam Sayyiduna Ali r.a

مَا زَادَ عَلَى الخَمَسَةَ عَشَرَ اِسْتِحَاضَة

Maksudnya: Apa yang melebihi 15 hari dikira sebagai istihadah.


Kedua:

Gunakan kapas atau kain putih untuk memastikan benar-benar sudah tiada darah.

Ketiga:

Pastikan hanya yang kamu lihat QASSATUL BAYDHO' yakni boleh difahami sebagai kapur bersih ATAU benang warna putih.


“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari)

Keempat:

Namun begitu, bagi mereka yang biasa mengalami keputihan/cecair faraj yang banyak pada tempoh-tempoh sewaktu TIDAK haid, hendaklah dipastikan dalam fasa terakhir itu sekiranya telah diperiksa suci, putih dan tiada darah kemudian mereka melakukan kewajiban mandi hadas besar.

Kemudian setelah sehari atau setengah hari, timbul bebenang kekuningan.

Maka bagaimana?

Di sini, perlu melihat kepada kebiasaan wanita.

Jika seandainya sudah biasa mengalami masalah keputihan ATAU masalah cecair faraj yang banyak maka bebenang kuning itu TIDAK dikira haid sebaliknya merupakan tanda wanita melalui fasa pusingan hormon yang biasa.

Di sini perlu dipastikan adalah kebiasaan seseorang wanita.


JAWAPAN UNTUK MASALAH DI BAWAH:

Jesteru, jawapan di bawah ialah: Masih belum suci disebabkan masih ada warna coklat/keruh.

alfaqeerah
Ustz Sumayyah A.A

60 comments on "Permasalahan Haid: Habis atau Tidak?"

Unknown on July 7, 2015 at 12:58 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on July 7, 2015 at 12:58 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on July 7, 2015 at 4:51 PM said...

Assalamualaikum, saya nk tanya. Kebiasaannya saya haid selama 7 hari. Masa hari yng ketujuh pada waktu lewat malam tu saya mandi wajib sbb bila check tiada apa-apa kesan, hanya ada benang putih.jadi saya pun mandi wajib.dan selepas tu saya solat seperti biasa.selepas solat saya check semula sbb nk pastikan tiada apa-apa kesan. Tapi bila saya check ada sedikit kesan kuning pada pantiliner yng saya pakai. Jadi adakah saya masih haid atau sudah habis?

Unknown on July 7, 2015 at 4:51 PM said...

Assalamualaikum, saya nk tanya. Kebiasaannya saya haid selama 7 hari. Masa hari yng ketujuh pada waktu lewat malam tu saya mandi wajib sbb bila check tiada apa-apa kesan, hanya ada benang putih.jadi saya pun mandi wajib.dan selepas tu saya solat seperti biasa.selepas solat saya check semula sbb nk pastikan tiada apa-apa kesan. Tapi bila saya check ada sedikit kesan kuning pada pantiliner yng saya pakai. Jadi adakah saya masih haid atau sudah habis?

Jaa on September 27, 2015 at 5:51 PM said...

jawabla soalan dia

@Miss Novel on December 14, 2015 at 8:04 AM said...

Saya kadang2 pernah period sampai 15 hari, hanya disebabkan earna keruh, tapi darah dh lama berhenti. Adakah keruh tu darah haid atau darah istihadhah?

Shida on December 27, 2015 at 2:17 PM said...

Assalam Ustazah. Tolonglah jawab dua soalan diatas (dari Nadiah Othman dan Miss Novel). Penting sangat2!!!

Unknown on January 2, 2016 at 4:37 AM said...

warna kuning masih lagi dikira haid. haid ada 5 peringkat warna umumnya.merah pekat, merah, coklat,kuning keemasan, kuning cair, keruh seperti warna kelabu. akhir sekali putih. untuk keterangan lanjut, boleh tengok di fb sy, fatin nasuha.

Unknown on January 2, 2016 at 4:40 AM said...

cik kena rujuk semula kebiasaan haid untuk setiap bulan. maksima haid 15 hari 15 malam. lebih dari itu, maka dikira istihadhah. untuk beza haid dan istihadah, boleh tengok di fb sy, fatin nasuha.

Unknown on January 2, 2016 at 4:44 AM said...

cik kena rujuk semula kebiasaan haid untuk setiap bulan. maksima haid 15 hari 15 malam. lebih dari itu, maka dikira istihadhah. untuk beza haid dan istihadah, boleh tengok di fb sy, fatin nasuha.

Unknown on January 2, 2016 at 4:44 AM said...

warna kuning masih lagi dikira haid. haid ada 5 peringkat warna umumnya.merah pekat, merah, coklat,kuning keemasan, kuning cair, keruh seperti warna kelabu. akhir sekali putih. untuk keterangan lanjut, boleh tengok di fb sy, fatin nasuha.

Anonymous said...

Salam, kalau kebiasaan keputihan kita warna kuning, maknanya tak perlu tunggu sampai 15 hri la ye? cuma pastikan darah saja tiada??

Anonymous said...

Salam, kalau kebiasaan keputihan kita warna kuning, maknanya tak perlu tunggu sampai 15 hri la ye? cuma pastikan darah saja tiada??

Unknown on January 18, 2016 at 12:41 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on May 10, 2016 at 1:30 AM said...

Saya jawab soalan Nadiah Othman .
Dara tersebut bukan darah haid jika warna yg keluar lebih cair drpd wrna yang keluar sebelumnya.

Unknown on May 10, 2016 at 1:33 AM said...

Jawapan soalan miss novel .
Jika berterusan darah selama 15 hari dengan hanya warna kerh, ia adalah haid. Jika tempoh darah keluar lebh 15 hari maka tidak lagi dikira haid kerna telah tamat tempoh 15 hari.

Wallahua'lam

Unknown on May 10, 2016 at 2:40 AM said...

Jawapan soalan miss novel .
Jika berterusan darah selama 15 hari dengan hanya warna kerh, ia adalah haid. Jika tempoh darah keluar lebh 15 hari maka tidak lagi dikira haid kerna telah tamat tempoh 15 hari.

Wallahua'lam

Unknown on May 10, 2016 at 2:40 AM said...

Saya jawab soalan Nadiah Othman .
Dara tersebut bukan darah haid jika warna yg keluar lebih cair drpd wrna yang keluar sebelumnya.

Awah on June 15, 2016 at 7:17 AM said...

Assalamualaikum. Bagaimana ye jika apabila sy check menggunakan kapas, kelihatan ianya sudah bersih kerana ianya berwarna putih dan bukan kekuningan. Namun keesokannya, apabila sy keluar keputihan, keputihan tersebut ada kesan darah coklat kehitaman yg jelas. Selepas dari keputihan tersebut sy sekali lg mandi wajib namun malamnya, sekali lagi sy keluar keputihan beserta kesan darah. Sy ingin tahu dalam keadaan sy bagaimana cara untuk mengenal pasti sy benar2 bersih untuk mandi wajib? Kerana dalam keadaan sy, keputihan bukan keluar setiap masa. Hanya pada waktu waktu tertentu. Seperti yg sy lalui, pagi dan malam hari. Dan untuk pertengahan waktu tersebut sy menjadi was was sama ada harus mandi wajib atau tidak kerana bimbang meninggalkan solat sedangkan sy sudah sepatutnya mandi wajib dan solat. Sekian. Harap dapat balasan dari pihak ustazah. Terima kasih.

Awah on June 15, 2016 at 7:19 AM said...

Assalamualaikum. Bagaimana ye jika apabila sy check menggunakan kapas, kelihatan ianya sudah bersih kerana ianya berwarna putih dan bukan kekuningan. Namun keesokannya, apabila sy keluar keputihan, keputihan tersebut ada kesan darah coklat kehitaman yg jelas. Selepas dari keputihan tersebut sy sekali lg mandi wajib namun malamnya, sekali lagi sy keluar keputihan beserta kesan darah. Sy ingin tahu dalam keadaan sy bagaimana cara untuk mengenal pasti sy benar2 bersih untuk mandi wajib? Kerana dalam keadaan sy, keputihan bukan keluar setiap masa. Hanya pada waktu waktu tertentu. Seperti yg sy lalui, pagi dan malam hari. Dan untuk pertengahan waktu tersebut sy menjadi was was sama ada harus mandi wajib atau tidak kerana bimbang meninggalkan solat sedangkan sy sudah sepatutnya mandi wajib dan solat. Sekian. Harap dapat balasan dari pihak ustazah. Terima kasih.

Unknown on August 27, 2016 at 6:29 AM said...

Assalamualaikum saya dah berkahwin kitaran hair say selalu 4 atau 5 ari.. Saya yakin selepas tiada kesan darah mengalir. Selpas mandi wajib saya solar seperti biasa.. PDA mlm ITU saya berjimak. Pagi tu Saya bgn utk mndi wajib n solar subuh.. Ttba ada drh lgi. Wrna coklat.. Tempoh haid 15 hari kan .. Adakah berdosa saya melakukan hbgn tnpa mengetahui keadaan haid saya..

Sharifah Zulaikha on December 14, 2016 at 6:17 PM said...
This comment has been removed by the author.
Sharifah Zulaikha on December 14, 2016 at 6:40 PM said...

Assalamualaikum. Saya datang haid pada 1st January dan berhenti 15th January. Lepas 8 hari, datang balik. Saya boleh semayang atau tak?

Dan berapa hari untuk tentukan haid yang sterusnya? Minta penjelasan. Tq

EmmaZhaa on March 3, 2017 at 3:52 AM said...

tempoh kebiasaan haid sy ialah 5-7 hari. even dh hari ketujuh, masih ada warna keruh yg keluar walaupun sy check sudh bersih pd hri sebelum tu. sy juga seorg yg selalu mengalami keputihan tetapi tak bnyak. ada masa ada,ada masa tak.adakah pd hri ketujuh itu sy masih lg period?

Fateh on April 27, 2017 at 9:30 PM said...
This comment has been removed by the author.
Fateh on April 27, 2017 at 9:36 PM said...
This comment has been removed by the author.
Fateh on April 27, 2017 at 9:38 PM said...

Sy nak tanye, benang putih tu maksudnya keputihan ke apa? Lps tu, di akhir haid, ada keluar keputihan. Maka saya mandi lah wajib sbb kalo dh kuar keputihan confirm dh habes period. Masalahnya di sini, keesokan harinya bile sy pki pantyliner, sy tgk ada warna kekuningan/keruh/coklat macam tu lah. Macam mana ye? Sbb ustazah ade kata kalau mcm tu, itu dikira wanita itu mengalami fasa hormon biasa. Sy mmg selalu ade keputihan tapi ada masa yg tetentu tp boleh dikatakan setiap bulan ada keputihan untuk maklumat ustazah terutamanya bila dah nak haid. Mohon penjelasa dan semoga Allah membantu ustazah. In Sya Allah.

Unknown on June 9, 2017 at 9:26 AM said...

Salam... Sebelum subuh, saya check, Ada lagi kekuningan. Jadi saya xsolat subuh tapi bersahur.... Saya Mandi wajib esoknya dalam pukul 10/11..... Puasa mcm mn ye?

Ms Amalia on June 21, 2017 at 3:04 PM said...

Assalamualaikum ustazah..
Sy ad beberapa pertanyaan.3 hari lps,slps manghrib sy dapati ada sedikit cecair brwrna coklat keluar.tp pd subuh esoknya tiada lagi kotoran yg keluar sehinggalah ke tenghari.jd,saya mandi wajib dan solat/puasa seperti biasa.namun subuh pagi ni sy dapati kotoran yg sama keluar,tetapi sehingga tghri ini saya check tiada lagi yang keluar..sy musykil klu sy dikira masih dlm keadaan haid atau sy perlu mandi n solat/puasa seperti biasa?bagaimana pula sekiranya terjd lg perkara yg sama nnti..
Sy harap ustazah boleh leraikan kemusykilan sy ini..terima kasih.

Unknown on January 19, 2018 at 1:21 PM said...

Assalamualaikum.... Masalah saya berbeza... Sebelum sy datang haid setiap bulan selalunya akan berlaku keluar cecair warna coklat pada pantyliner yg saya pakai utk beberapa hari... Dan selepas itu barulah darah haid keluar.... Adakah itu dah dikira waktu haid... Dah mcm petanda bila cecair coklat ada period sy akan datang... Sebab period sy x teratur

Unknown on May 23, 2018 at 4:13 PM said...

Assalamualaikum. saya ingin bertanya saya belum haid lagi, tetapi keluar lendir putih bersama sedikit darah.adakah itu dikira sebagai haid? Saya minta sangat2 ustazah jawab persoalan saya ini. adakah saya masih sah solat dan berpuasa?

Unknown on June 4, 2018 at 4:48 AM said...

Salam uztazah,saya baru haid 5hari tetapi hari yg keempat haid mula tiada,boleh ka saya berpuasa?

couplesingle on July 10, 2018 at 2:11 PM said...

Assalamualaikum ustazah,saya nak tanya. Saya baru habis period beberapa hari lepas dalam 3 ke 4 hari. Jadi saya dah mandi wajib dan telah bersama dengan suami. Tetapi semalam bila saya tengok balik selepas isyak ada darah. Saya was was sama ada kena mandi wajib ataupun biarkan saja. Sebab saya dah solat subuh lepastuh tadi saya check ada keputihan warna kuning. Boleh dapat penjelasan

Unknown on August 8, 2018 at 5:01 PM said...

Assalamualaikum..sy nak tnya.. sy baru hbis period.. tpi blum smpai 15 hari drah dtg lagi.. so sy boleh solat la kan

Unknown on August 10, 2018 at 6:44 PM said...

Assalamualaikum, sy priod 24/7 dn 1/8 sy mndi wajib n solat mcm biasa,mknanya priod sy 7 hr je... Tp 10/8 kluar drh, pdhl sy dh solat 10 hr dh.. Ni hr ke 18 sy.. Tu dikira drh pnyakit ke drh priod?.. Sbb mngkut jdual.. Sy djangka priod lg 10 hr..

Unknown on October 1, 2018 at 7:03 AM said...

Nak tanye period saya 4hri dh abis normal ke ?

Unknown on October 1, 2018 at 7:04 AM said...

Nak tanye period saya 4hri dh abis normal ke ?

Unknown on October 1, 2018 at 7:11 AM said...

Assalammualaikum , period saya 4hri dah habis , kenapa ye ? Normal ke ?

Unknown on October 1, 2018 at 7:11 AM said...

Assalammualaikum , period saya 4hri dah habis , kenapa ye ? Normal ke ?

Unknown on October 3, 2018 at 11:30 PM said...

Assalamualaikum.. Sy masih keliru... Stlh haid sy 7 abis.iaya keluar kekuningan, ke esok nya sy chek dgn pting kapas die bersih.. Lalu sy trs mandi.. Stlh mndi bbrpa jam dia kkluar kmbli kkuningan susu.. Ada kah ia masih haid?

Unknown on December 5, 2018 at 10:23 AM said...

Saya agak rasa ragu-ragu mengenai haid selepas saya selesai mandi hadas ada keluar semacam lendir warna putih dan ada warna hitam kelabu adakah itu dikira belum suci dari haid

Unknown on December 5, 2018 at 10:26 AM said...

Saya agak rasa ragu-ragu mengenai haid selepas saya selesai mandi hadas ada keluar semacam lendir warna putih dan ada warna hitam kelabu adakah itu dikira belum suci dari haid

Unknown on December 5, 2018 at 10:26 AM said...

Saya agak rasa ragu-ragu mengenai haid selepas saya selesai mandi hadas ada keluar semacam lendir warna putih dan ada warna hitam kelabu adakah itu dikira belum suci dari haid

Unknown on March 17, 2019 at 10:06 AM said...

Assalamualaikum. Saya haid selama 8 hari. Kemudia sy telah benar2 suci dan mandi wajib. Setelah 2 hari suci, sy keluar darah berwarna merah yg cair dan tidak berbau. Bulan sebelum itu juga begitu. Jadi adakah sy dikira haid atau istihadah?

Lyiana Annelyea on May 27, 2019 at 8:05 PM said...

Assalam ustazah, saya biasa haid 6-7 hari dah berhenti darah.. Tetapi pada hari ke 12 atau 14 ada keluar keputihan yg berwarna coklat. Adakah selepas itu baru boleh mandi wajib atau saya perlu mandi wajib selepas hari ke 6-7 putus haid itu?

Unknown on June 28, 2019 at 1:45 PM said...

Assalamualaikum..ustzah...sy pkai impla n jd waktu period sy jd pnjg drive biase...cra cek drah tu kna msuk Kan cotton bud sejauh mane yer dlm Faraj...

Unknown on November 8, 2019 at 6:13 AM said...

apa yg kita boleh dan yg xboleh dlakukn semasa istihadha.cth mengaji jimak solat dan puasa.

Unknown on January 30, 2020 at 11:57 PM said...

Assalamualaikum ustazah..saya dh Mandi wajid sebab cek dh X Ada darah..hanya Ada lendir putih.saya pun solat asar Dan magrib.bila saya nk solat isyak Ada darah sedikit bercampur lendir...adakah dikiri darah haid.

Unknown on April 26, 2020 at 7:02 PM said...

Assalam ustazah. Saya datang haid selama 8 hari dan saya telah mandi wajib. Hari ke 9 dan 10 saya solat. Pada hari ke 11 dipetangnya keluar sedikit keputihan bersama darah berwarna cokelat dan pekat. Saya mandi pada pagi ke 12 dan petangnya pula saya dapati ada garis darah cokelat yang jelas di seluar dalam saya. Pagi besok hari ke 13 saya dapati keluar keputihan yang jernih. Saya mandi dan puasa. Pada petangnya pula pada pukul 5.00 p.m saya dapati ada sikit jalur cokelat kekuningan di seluar dalam saya. Adakah ini masih dikira haid?

Unknown on October 10, 2020 at 6:58 PM said...

assalamualaikum sya nk tanya ..
klau kuning tu mmg termasuk dalam warna haid ke?

misshn on October 24, 2020 at 9:46 AM said...

1-15hb tu darah haid. darah yang datang selepas 8 hari tu darah istihadhah sebab darah tu keluar dalam tempoh minimum suci dari haid. jadi, anda wajib solat dan boleh melakukan ibadah2 yang lain. kalau nak solat, kena bersihkan kemaluan, tukar pad baru dan ambil wudhu. tak boleh guna 1 wudhu hanya untuk 1 solat fardhu/qada sahaja dan beberapa solat sunat.

okay, kalau awak datang 1-15hb tu haid. tempoh suci dari haid kena sekurang-kurangnya (minimum)15 hari.so dalam kes ni, 16-30 hb ialah tempoh sekurang-kurangnya suci dari haid. next haid ialah 1hb. boleh je jadi yang awak suci dari haid sampai 1/2/3 hb ke apa. asalkan awak suci dari haid lebih 15 hari. kalau darah keluar dalam tempoh 15 hari suci dari haid tu, maksudnya yang keluar tu darah istihadhah.

harap faham :))

misshn on October 24, 2020 at 9:47 AM said...

tak boleh guna 1 wudhu untuk beberapa solat fardhu. 1 wudhu untuk satu solat fardhu/qadha dan beberapa solat sunat*

maaf tersilap type

misshn on October 24, 2020 at 9:58 AM said...

kalau warna coklat itu keluar dalam tempoh haid, jadi ia haid. tapi kalau ia keluar dalam tempoh suci dari haid maka ia bukan haid.

cth: last awak haid ialah 23/12/18. jadi awak kira tempoh suci dari haid tu selama 15 hari.(tapi tak semestinya 15 hari. boleh jadi lebih. tapi, awak kena betul2 suci untuk 15 hari dulu. sbb 15 hari suci dari haid ni tempoh minimum. kalau tiba2 dalam tempoh 15 hari suci tu keluar darah, maka tu darah istihadhah.) jadi, 24-7/1/2019 ialah tempoh minimum suci dari haid. (kalau awak suci sampai 8/9 hb pun tak apa. asalkan lebih 15 hari) so, next haid at least kena keluar pada 8 hb. kalau keluar 9/10/11 dan lain2 pun boleh. tapi kalau keluar 5/1/19 tu darah istihadhah sebab darah tu keluar dalam tempoh minimum suci dari haid tadi (24-7/1/2019).


huhu harap faham.

kalau ada salah silap mohon perbetulkan

Unknown on February 26, 2021 at 8:39 PM said...

Assalamualaikum Nak Tanya contohnya saya masih dalam tempoh 15 hari haid dan darah haid dah habis juga dah keluar lendih Putih macam keputihan tapi dlm tengahari cam tu ada keluar cairan keruh masih dikira haid ker?. Haid saya tak menentu kadang² 7 hari kadang² lebih.

Unknown on February 26, 2021 at 8:45 PM said...

Assalamualaikum Nak Tanya contwohnya saya masih dalam tempoh 15 hari haid dan darah haid dah habis juga dah keluar lendih Putih macam keputihan tapi dlm tengahari cam tu ada keluar cairan keruh masih dikira haid ker?. Haid saya tak menentu kadang² 7 hari kadang² lebih.

Amallina on May 24, 2021 at 5:16 AM said...

Assalamualaikum nak tanya...saya selepas bersalin anak ke tiga saya ambil perancang keluarga injction depo dalam tempoh saya ambil perancang keluarga tu saya kluar darah pada masa tertentu sahaja contoh tengah hari selalunya apabila nak solat zohor,..kdg2 petang nak solat asar warna darah kadang2 koko kdg2 darah fresh tetapi tak hari2 kadg2 selang 2 hati MCM tu adakah saya boleh solat seperti biasa selepas saya bersihkan kotoran darah itu kerana selepas saya bersihkan kotoran itu tiada,.???

Unknown on May 28, 2021 at 9:16 PM said...

Assalamualaikum ustazah sy dh bersih Pagi tü sy mandi and solat zuhur..make Solat asar ado kuning.Sy xrisau mula² and Sy tnyer kawan Sy dia Kate masih haid.Lepas tü sbelum maghrib Sy check putih balık and saye mandi Dan solat maghrib.Nak solat isyak kuning balık..sy selalu was² sy dh suci ke belum..waktu haid su biasanye 7,8 hari tapi entahlaaa

Syafiqah on September 20, 2021 at 8:42 PM said...
This comment has been removed by the author.
Syafiqah on September 20, 2021 at 8:59 PM said...

Assalamualaikum ustazah, saya faham berkaitan haid iaitu maksimum 15 hari utk yg betul" suci dan utk lebih yakin.. tapi dalam tempoh 15 hari tu terlalu lama..sebb yg kluar hanyalah darah haid kuning yg sedikit sgt.. adakah saya wajib mandi wajib semasa darah haid tdak kluar dan menunaikan solat..atau hanya menanti 15 hari tu?...:(.. mohon pencerahan....sebb rasa bersalah kalau tak solat/puasa dalam tempoh 15 hari tu 😢.. sampaikan mandi wajib 2 kali sehari... Bantu saya ustazah :(

-kebiasaannya darah haid (hitam,merah,coklat) ni 7 hari ja selebihnya kuning dan keruh yg sedikit sangat

Ayuji on October 14, 2021 at 2:46 AM said...

Hye sye nak tanya haid sye sentiasa habis pada 15 hari tp sye nak pastikan pada hari ke tujuh warna darah warna kuning dan keruh... perkara ini berlanjutan sehingga hari ke 15... adakah selepas hari ke7 itu dikira sye sudah suci atau belum?? Tlg jawab soalan sye..tq

Post a Comment

 

Tanyalah Ustazah Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal