Monday, November 23, 2009

Permasalahan Haid: Habis atau Tidak?

Posted by alQasam at 12:20 PM 60 comments
BismillahiMashALLAH

Allahumma Solli 'Ala Muhammad

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah : “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekatkan mereka, sebelum mereka suci.." AlBaqarah:222


MENGENAL BERAKHIRNYA HAID SECARA RINGKAS

Seputar Ramadan saya menerima beberapa persoalan sekitar masalah hubungan suami isteri wanita, haid dan feqh wanita serta yang sekitar dengannya.

Permasalah haid di kalangan wanita sangat halus lagi teliti perbincagannya di kalangan Fuqaha'. Ini kerana bukan sahaja permasalahan haid melibatkan kebersihan diri wanita tetapi ianya turut merangkum permasalahan ibadah juga jika seorang wanita telah berkahwin ia meliputi persoalan hubungan' jima'(persetubuhan) suami isteri seperti yang disebut dalam petikan ayat Quran di atas.


Selalunya masalah ini akan menjadi kecelaruan apabila di akhir tempoh fasa haid wanita. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan dan lain-lain lagi.

Terdapat soalan dikalangan akhwat kita berkenaan masalah haid.

Pertamanya mari kita renungi salah satu hadis utama yang menjadi sandaran fuqaha' bagi menganalisa permasalahan berhentinya haid wanita sebelum kita masuk lebih dalam ke dalam perbincangan ini.


Hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari)

PERBINCANGAN RINGKAS HADIS:-

Jesteru hendaklah bagi seorang wanita benar-benar memeriksa dan tidak tergesa-gesa untuk mandi wajib sebelum memastikan bahawa beliau telah suci sepenuhnya dari tempoh haid.

Menurut Ulama warna-warna darah haid terdiri seperti dibawah:-

1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh


Pertama:

Perhatikan waktu kebiasaan tempoh haid berakhir. Ini berdasarkan kiraan putaran kebiasaan setiap bulan. Menurut Mazhab Syafie' 7-8 hari kebiasaanya. Seperti dimaklumi menerusi kalam Sayyiduna Ali r.a

مَا زَادَ عَلَى الخَمَسَةَ عَشَرَ اِسْتِحَاضَة

Maksudnya: Apa yang melebihi 15 hari dikira sebagai istihadah.


Kedua:

Gunakan kapas atau kain putih untuk memastikan benar-benar sudah tiada darah.

Ketiga:

Pastikan hanya yang kamu lihat QASSATUL BAYDHO' yakni boleh difahami sebagai kapur bersih ATAU benang warna putih.


“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari)

Keempat:

Namun begitu, bagi mereka yang biasa mengalami keputihan/cecair faraj yang banyak pada tempoh-tempoh sewaktu TIDAK haid, hendaklah dipastikan dalam fasa terakhir itu sekiranya telah diperiksa suci, putih dan tiada darah kemudian mereka melakukan kewajiban mandi hadas besar.

Kemudian setelah sehari atau setengah hari, timbul bebenang kekuningan.

Maka bagaimana?

Di sini, perlu melihat kepada kebiasaan wanita.

Jika seandainya sudah biasa mengalami masalah keputihan ATAU masalah cecair faraj yang banyak maka bebenang kuning itu TIDAK dikira haid sebaliknya merupakan tanda wanita melalui fasa pusingan hormon yang biasa.

Di sini perlu dipastikan adalah kebiasaan seseorang wanita.


JAWAPAN UNTUK MASALAH DI BAWAH:

Jesteru, jawapan di bawah ialah: Masih belum suci disebabkan masih ada warna coklat/keruh.

alfaqeerah
Ustz Sumayyah A.A

Thursday, November 19, 2009

Persoalan Jodoh

Posted by alQasam at 12:47 PM 0 comments
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk


Semalam sambil duduk-duduk membuat kerja masing-masing saya melontar persoalan kepada suami.

Monday, October 26, 2009

Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden

Posted by Nisa' News Network at 3:13 PM 0 comments
Sempena Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu baru-baru ini, Nisa' Negeri Terengganu telah membuka booth pameran. Selain membuka gerai jualan dan bahan pameran, terdapat slot permainan untuk tetamu yang berkunjung seperti permainan Dart, Batu Seremban, Build & Crash dan Pertandingan Kuih Raya Tercantik. Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 1. Yuran ini adalah bagi pengurusan permainan dan juga sebagai Infaq untuk Nisa'. Hadiah yang disediakan adalah sumbangan dari setiap AJK Nisa' Negeri dan Kawasan-kawasan.

Kami menerbitkan artikel dari Ustaz Zaharuddin ini sebagai menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila ada yang menyatakan games berkenaan mengandungu unsur perjudian. Diharapkan penjelasan dan ilmu yang dititip dari ilmuan yang lebih 'alim ini mampu menjeleaskan semua pertanyaan dan persoalan.
___________________________________________
Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman


Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)


Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء


Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.


Jenis Cabutan Yang Halal

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Hukum : Ia adalah halal.


b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.


Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.


c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.


Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.


Permainan @ Peraduan Moden
Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.


2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)


3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.

Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-


1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Mac 2008

Saturday, September 5, 2009

Soalan : Masalah haidh

Posted by Nisa' News Network at 7:56 PM 1 comments
Di sini admin sertakan terlebih dahulu satu soalan, yang mana Insya Allah akan disusuli dengan jawapan dari ustazah panel tidak lama lagi. Berikut ialah soalan daripada penanya.

Salam Ramadhan. Saya mempunyai satu soalan, yang mana saya saya mohon penjelasan untuk menjernihkan was -was diri saya ttg haid.

1- Setelah mandi wajib kerna haid telah berhenti semasa subuh kerana bangun pagi tiada kesan darah, tiba -tiba semasa asar terdapat cebisan darah keluar ketika buang air kecil. Tetapi kesan darah takda. Mungkin cebisan2 darah haid yg tertinggal. Adakah perlu mandi semula? Ini biasa berlaku pada diri saya dan saya anggap haid belum kering 100% dan mandi semula. Tetapi sya terfikir mungkin saya salah , jadi sya ingin bertanya kepada yang lebih arif.

Terima kasih
Wslm.

Friday, September 4, 2009

Puteriku Sayang

Posted by Nisa' News Network at 4:18 AM 0 comments
Lagu ini ditujukan admin kepada semua insan bergelar nisa' (perempuan) tidak kira siapa jua anda... Semoga dapat mengutip pengajaran daripada liriknya..

Tuesday, September 1, 2009

Sifat Malu Ibarat Menguncupnya Daun Semalu

Posted by Nisa' News Network at 9:24 PM 0 comments

Menurut Sirah, Saidina Ali Karramallahuwajhah tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Diriwayatkan dalam sebuah kisah ketika peperangan Uhud, sebagaimana tradisi peperangan dahulu mereka akan berlawan secara berdepan. Biasanya akan dimulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara panglima kedua-dua belah pihak.

Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musuh telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara kehadapan. Mankala pihak Islam pula diwakili oleh Sadina Ali KWH. Di awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam.

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.

Tanpa berlengah Saidina Ali KWH dengan berani menyahut cabaran itu.

“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!” Balas Saidina Ali KWH dengan lantang.

Sejurus kemudian, maka berlakulah pertempuran sengit di antara kedua panglima gagah yang mewakili kedua belah pihak. Jika mahu menilai dari segi usia, Saidina Ali KWH ketika itu masih muda berbanding panglima si Kafir. Namun, berkat kesungguhan dan semangat beliau untuk membela agama tercinta, dia akhirnya berjaya menumpaskan Talhah bin Uthman dengan memancung kakinya.

Serentak itu, Rasulullah SAW serta para sahabat bertakbir apabila melihat Talhah bin Uthman tersungkur ke bumi bersama keangkuhannya.

Akan tetapi, Saidina Ali KWH tidak jadi membunah panglima Quraisy yang menyembah bumi itu. Beliau lantas bertemu Rasulullah SAW. Maka berlakulah dialog antara baginda Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW.

“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?” Tanya Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.” Jawab Saidina Ali KHW merungkai persoalan.

Terpaku sejenak saya membaca kisah itu. Diam membisu.

Betapa hebatnya tarbiyyah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada para sahabat dalam melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang mulia sehinggakan ketika bertempur di medan perang juga masih faham harga diri dan erti apa itu rasa malu. Mereka itu lebih berani dari kita dan lebih malu dari kita bagai langit dengan bumi jaraknya!

Turut tercatat dalam kanvas sirah, ketika mana musuh mahu menyelamatkan diri daripada dilibas mudah oleh Saidina Ali KHW, mereka akan menyelak aurat masing-masing agar tidak jadi dibunuh. Begitu juga kisah mengenai Amru bin Al-‘As r.a membuka auratnya semasa berlaku peperangan Siffin untuk mengelak dirinya daripada dibunuh oleh Saidina Ali KHW.

Ibnu Ishak menceritakan bahawa ketika mana Saidina Ali KHW memandikan jenazah baginda Rasulullah SAW, dia meletakkan jenazah baginda di atas ribaanya tanpa menanggalkan pakaian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali KWH mengosok tubuh badan jenazah Rasulullah SAW melalui bahagian luar pakaian tanpa menyentuhnya dengan menggunakan tangan. Saidina Ali KHW juga dibantu oleh Al-Abbas r.a, Al-Fadhal r.a dan Qasam r.a untuk mengangkat jenazah baginda SAW. Manakalah Usamah bin Zaid r.a dan Syaqran r.a ditugaskan untuk menjirus air.

Sifat Malu Sudah Terhakis

Mari kita terbalikkan kisah di atas dengan realiti semasa. Maksud saya begini, jika Saidina Ali KHW sangat malu melihat aurat manusia, umat Islam kini pula tidaklah sangat malu untuk mendedahkan aurat merata-rata.

“Eh, tolong sikit ye.. sapa cakap saya tak tutup aurat ni?” Marah seorang gadis bila ditegur tidak menutup aurat.

“Tutup aurat itu hanya dengan sehelai tudung sahajakah? Badan kamu itu bukan aurat ya?” Balas pula rakannya spontan.

Cuba kita renung sejenak di atas kerusi masing-masing. Hadirkan rasa insaf dan sedih dalam merenungi penulisan ini. Bagaimana kini kita begitu mudah tanpa rasa bersalah walau secubit pun melondehkan seluar baju semata-mata ingin mendedahkan khazanah tubuh badan?

Tepuklah minda yang tepu itu. Apakah kita mahu menjadi insan yang rendah maruah diri? Yang rela tubuh dibakar api Jahannam? Jangankan api neraka, api mancis juga sudah menggelupur kesakitan. Nauzubillahhi minzalik.

Di sana sini gadis-gadis seronok membogelkan diri. Mereka merasa megah untuk menayangkan tubuh badan sambil melenggokkan pinggul umpama itik pulang petang. Bahkan ramai menyangka sudah menutup aurat dengan sehelai tudung nipis lagi jarang.

Apakah lengan dan bahu wanita itu bukan aurat untuk ditutupi dengan kain?Apakah pakaian ketat dan nipis itu sangat dianjurkan oleh agama?

“Alaa, rilexlah Broo… kubur masing-masingkan..” Beralasan mudah mahu lari daripada dipersalah.

“Kamu lompatlah sendiri masuk dalam kubur tu kalau dah mati nanti ya..” Jawab saya mudah.

Bukan sahaja golongan hawa, malah golongan lelaki juga tidak terlepas dari dihujum sama. Lihat saja setiap kali tiupan wisel permainan bola sepak dibunyikan. Berduyun-duyun lelaki dengan bangganya mempamerkan betis dan peha masing-masing. Sudah menjadi trend berseluar pendek. Mungkin kerana masih mengharapkan supaya Allah SWT menurunkan bala kepanasan global tahap maksimum agaknya.

Bila hilang rasa MALU, apa sahaja kemaksiatan ‘boleh’ dilakukan tanpa perlu berselindung lagi.

Jauh lagi kita rupanya dengan sifat MALU yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW!

Dipetik daripada sumber asal di blog Mohd Farid bin Md Rashidi

Monday, August 31, 2009

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Posted by Nisa' News Network at 10:00 PM 0 comments

(Di petik daripada)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net




Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Pakaian kehambaan

Posted by Nisa' News Network at 9:38 PM 0 comments

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه

“Dan tidaklah seseorang mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku cintai daripada amalan-amalan yang Ku-wajibkan.” (HR. Bukhari)

Aku ingin menyambut Ramadhan dengan hati dan jiwa yang sedia. Bersediakan diri ini?

Malu sendiri mengira persedian menyambut Ramadhan. Malu aku berdepan Ramadhan. Sudahkah aku tajird dan takhallikan jiwaku seperti pesan Syaikh Abdul Hakim Murad? Bagaimana dengan pesanan oleh Syaikh Hussain Sattar tentang persiapan awal yang selalu aku amati setiap kali menjelang Ramadan? Sudah bersediakah aku dengan jadual menghadapi Ramadan? Bagai menyambut acara besar-besaran, tanpa jadual dan perancangan dan latihan sebelum tibanya acara besar-besar itu, tidak mungkin terhasil kualiti yang diharapkan. Begitulah kira-kiranya analogi yang diberi Syaikh Hussain Abdul Sattar. Bagaimana juga hati dan jiwa yang perlu dikosongkan dari dunia dan isinya yang juga seringkali diulang-ulang oleh Syaikh Hussain Abdul Sattar sejak sebelum Ramadan lagi?

Bagaimana dengan jiwaku? Hatiku? Pakaian kehambaanku?

Wahai Tuhanku, pakaian kehambaanku carik beribu, jiwaku penuh sifat keakuan berganda, hatiku kotor diselaputi syahwat dan nafsu yang menghalangku khusyu’ menyembah dan mengingatiMU.

Untuk hati yang telah aku bebankan ia dengan nafsu ammarah, lawwamah yang menggelapkannya dengan kegelapan tiada bandingan lagi ya ALLAH. Untuk cinta dunia yang aku suburkan dengan mengutamakannya mengatasiMU ya ALLAH. Untuk jiwa yang aku lupakan ia untuk selalu-selalu mengorbankan nafsu untukMU ya ALLAH. Untuk anggota badan yang terseksa kerana ingkarnya aku pada ketaatanku kepadaMU ya ALLAH. Untuk mata yang terseksa melihat perkara haram. Untuk telinga mendengar perkara yang melalaikan. Untuk mulutku yang menuturkan perkara yang menyia-yiakan. Untuk tubuh yang sering melakukan perkara yang membawa penyesalan. Untuk diri yang tiada selain aku yang rabak pakaian kehambaan dengan carikan yang tidak dapat dibayangkan. Untuk janji padaMU yang telah aku khianati ya ALLAH. Oh, alangkah siapakah selain aku yang sungguh besar dosa dan hinanya di sisi ALLAH melainkan aku sendiri?.

Sekalipun begitu, sekalipun masih merangkak dalam membaiki diri, jiwa dan hatiku menujuMU, dengan rendahnya diri ini memanjat harap yang amat sudilah Engkau menerimaku ya ALLAH. Sudilah menerimaku sebagai hambaMU di bulan Ramadan ini. Sudilah menerima aku kembali ya ALLAH. Andai tidak, ke ceruk mana akan aku membawa diri lagi ya ALLAH.

Sudilah terima kembali diri ini ya ALLAH, sekalipun akulah hamba yang telah lama meninggalkanmu. Terimalah kembali aku ya ALLAH.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ

“Wahai hamba-hambaKu! Setiap siang dan malam kalian senantiasa berbuat salah, namun Aku mengampuni semua dosa. Karena itu, mohonlah ampunanKu agar Aku mengampuni kalian.” (Hadits Qudsi Riwayat Muslim 4674)

Aku memohon dengan sangat. Aku memohon dengan penuh rasa haqer di jiwa yang selalu dibesarkan dengan sifat keakuan.

“Dan apabila para hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo ‘a apabila ia memohon Kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Aku mengamati bait-bait kalam Tuhan ini, dan hatikupun pecah lagi. Sungguh tidak dapat aku bayangi, beratnya penanggungan sebuah KalaMULLAH kepada manusia. Aku datang ya ALLAH, aku datang.



4:30 pm – 3 Ramadan
-alhaqerah ila Rabbiha-

(Dipetik daripada blog Ustazah Sumayyah, panel blog ini)


Thursday, July 30, 2009

Cinta menuju Baitul Dakwah

Posted by Nisa' News Network at 8:45 AM 0 comments
Buat semua Nisa', dengarlah rintihan salah seorang insan yang bernama lelaki ini... (klik sini untuk artikel asal di blognya)



Akhi/ Ukhti Fillah …

Entry ini adalah tulisan ana dan cetusan pengalaman ana didalam dakwah dalam mencari isteri yang sekufu dalam meneruskan agenda yang tiada noktah didalam kerja kerja dakwah dan jadikanlah sebagai guide line untuk mencari pasangan hidup sekiranya kita cintakan kesenambungan dakwah. Segala kekurangan dan kesilapan dapat dimaafkan agar dapat di beri komen yang membina untuk kepentingan kita bersama. Insyaalah.

Teruskan menghayatinya …

~Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah.

~ Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan.

Antum tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat. Dan kita tiada pilihan. Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah. Celupan. Sibghah dari sibghah Allah.

Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait’ul Dakwah. Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim/muslimah berqualiti harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.

Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit. Pemuda pemudi harus mempunyai mind set ini supaya bersedia membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi supaya nanti antara kita tidak tercari cari dan teraba raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.

Bersedialah berIntima’ ( Ikat diri ) dengan Jamaah kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah tanpa bergantung pada arahan mas’ul atau naqib serta jamaah. Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimenfaatkan jamaah dan terkadang mutarabi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!

Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, Ini sesuatu yang harus diberi perhatian. Terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.

Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja kerja dakwah.Tanpa sifat sifat asas ini sukar untuk mengujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.

Sebagai seorang da’i, ana cuma nak sentuh masaalah pemilihan bakal isteri. Sabda nabi

Dunia ini adalah perhiasan dan sebai baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu

~Muslim

Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris ? Hadis nabi ini maha benar tapi pada pandangan ana, isteri seorang da’i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja dan pastinya ada syarat2 lain lagi.

Mungkin dari pengalaman pergaulan ana, ana lihat hanya satu ini yang perlu kita pastikan. Bagi da’i yang ingin berkahwin harus menitik beratkan perkara ini dalam diri seorang wanita dan wanita daiyah yang ingin kan da’i juga harus melihat sifat ini supaya pembentukan keluarga dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat

Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri2 Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka samaada redha didalam susah atau bersedia menerima talaq! Firman Allah:~

Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu

~ Al Ahzab 28~29

Realitinya perempuan yang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran dan cintakan kebendaan tidak mungkin dapat berjuang melainkan apabila ia membebaskan dirinya dari sifat sifat tersebut dan menyintai akhirat. Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da’i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.

Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu usaha dakwah.

Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada istri2 nabi apabila mereka demand ttg hidup mereka

Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri isteri yang lebih baik dari kamu ~ yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa ~ janda atau anak dara

~ Tahrim 5

mengantikan baginya isteri isteri yang lebih baik dari kamu ~ ayat ini telah merubah sifat sifat cintakan keistimewaan semua isteri nabi kepada amal soleh kerana takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.

Satu yang perlu diberi perhatian bagi para daiyah yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang duat adalah, jelas niatnya. Daiyah itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da’i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan dai itu. Dengan ertikata menjadikan Dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.

Jika inilah yang kita semua fahami duhai ikhwah/ akhawat, insyallah pastinya kita dapat mengujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.


Muharrikdaie

May 9, 2009

Thursday, July 23, 2009

Usah jadikan mereka guru kita

Posted by Nisa' News Network at 8:32 AM 0 comments
Assalamualaikum wrt..

Kali ini, admin sekali lagi telah memetik artikel yang dirasakan sesuai dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama di sini. "Usah jadikan mereka guru kita", merupakan satu artikel yang disalin daripada tajuk asalnya, "mereka bukan guru kita" di blog Dr Amad, seorang pelajar perubatan yang menuntut di Indonesia. Berasal daripada Terengganu, dan sering menulis, menghasilkan idea-idea yang membuatkan kita berfikir.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah "mereka" yang dimaksudkan di dalam tajuk itu? Berikut ialah artikel berkenaan. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada tulisan ini.

Umar Mukhtar, Lion of The Desert

Barangkali bila disebut Umar Mukhtar untuk generasi sekarang, tidak ramai mengetahui insan ini. Nama sahaja belum pernah dengar, mahu menceritakan kisahnya. Jauh panggang dari api.

Sedikit sejarah ringkas tentang beliau. Beliau lahir di Tobruk. Semasa era penjajahan Italy, beliau adalah pemimpin utama gerakan jihad Libya yang dicengkam penjajahan regim Italy. Sebelum itu beliau hanyalah seorang guru yang mengajar Al-Quran kepada masyarakat. Oleh kerana sikap dan akhlaknya yang soleh ditambah pula dengan kemahiran peperangan di padang pasir,beliau dipilih sebagai ketua.

Pemimpin Berjiwa Besar

Memimpin Gerakan Jihad Libya

" Syeikh Umar, didalam tangan kita ada sebilangan tentera Italy yang tertawan," ujar seorang anak buahnya.

" Owh, Alhamdullillah," jawap ringkas Umar Muhktar.

" Saya cadangkan kita bunuh sahaja tentera Italy itu, wahai Syeikh Umar," satu cadangan dilontarkan.

" Kenapa kamu mahu membunuh mereka?," ditanya kembali oleh Umar Muhktar.

" Tentera Italy telah membunuh semua sahabat-sahabat kita yang tertawan semasa peperangan. Dan kita patut membalasnya," ujar anak buahnya dengan geram.

" Sejak bila Tentera Italy menjadi guru kepada kita sehingga kita mahu mengikut sama perbuatan mereka itu!?," jawapan tegas dari Umar Muhktar.

Semuanya terdiam.

Semasa beliau ditahan tentera Italy

Pada tahun 1931, beliau telah berjaya ditangkap oleh tentera Italy dan dihukum gantung dihadapan masyarakat Libya.

Akhirnya gugurlah seorang mujahid yang berjiwa besar. Jasa, perwatakan dan pengorbanannya meniti dari bibir ke bibir generasi terkemudian

Pantaslah perjuangan agungmu wahai Umar Mukhtar, melayakkan dirimu dipanggil Lion of the Desert.

Pengajaran

Kita sebagai seorang muslim bahkan kader gerakan Islam perlu ada akhlak dan faktor pembeza dengan golongan kuffar dan juga ahli maksiat.

Memakai baju Islam, bahkan menyalahgunakan pakaian itu untuk menghalalkan perbuatan kita adalah kecelakaan beragama. Akhirnya sikap dan akhlak kita sama seperti mereka.

Tiada beza

Ingat, mereka bukan guru kita!

Monday, July 20, 2009

Supaya Allah menjaga aib kamu!!!

Posted by Nisa' News Network at 6:49 PM 1 comments
Bismillahir Rahmanir Rahim..

Berikut ialah satu artikel yang telah disalin daripada blog Az-Zariyat , yang admin rasakan sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Walaupun introduction artikel ini berkaitan dengan kehidupan pelajar universiti, namun peringatan yang ingin disampaikan di akhirnya, adalah berkaitan dengan sesiapa jua yang bernama Muslim atau Muslimah..

Artikel ini agak panjang.. Oleh itu, cubalah untuk melapangkan diri, menghayati kandungannya, serta mengambil pengajaran agar diri kita turut merasa tempias hikmah cerita ini.



Saat diri sibuk menelaah pelajaran, tiba-tiba fikiran aku disapa oleh satu peristiwa. Peristiwa pertemuan aku dengan seorang rakan tahun lalu.

“ Aku tak sangka. Dekat university pon ade buli membuli ni. Dekat skolah dulu pun takde.” Kawanku memulakan cerita.
“ Buli? Ko buli orang ke?” aku bertanya kehairanan.
“ Mane ade. Aku yang kene buli tau. Kalu ikut hati, aku nak kuar aje dr U tu. tapi pikirkan mase depan aku. Aku sabar je.”Kawanku menyambung bicara.
“ Macam teruk je ko kene buli.” Aku mencelah.
“ A’ah, memang teruk pon.”
“ cite la sket.”
“ Mase aku mula2 masuk U dulu, mase tu mase rehat. Dekat café, mase nak ambik air, aku cakap2 ngan kawan aku. Mase tu aku tengah gurau2 ngan kawan aku. Mase tengah gurau2 tu, aku cakap kat kawan aku. “Ko ni perasan lawa la.”. tiba2 ade senior kat tepi aku dengar. Die ingat aku cakap kat die.”kawanku lancar bercerita.
“ senior tu laki ke pempuan.”aku bertanya.
“ Pempuan la. Ish. Dengar la cite aku dulu.”marah kawanku.
“ pastu2.” Aku bersemangat ingin tahu.
“ pastu tibe2 esoknya. Senior tu datang kat tempat kuliah aku, ajak g blakang bangunan. Terkejut aku tengok ramai sangat kawan2 die kat situ.Pastu die kate aku cakap die perasan lawa. Aku cakap la tak. Aku cakap kawan aku yang perasan lawa. Tapi die taknak dengar. Die pon tolak2 aku. Pastu die kutuk2 aku. Mase tu aku tak lawan.nampak sangat la aku ni pengecut. Aku senyap je.Kawan2 die tolong gelak. Ade sorang tu ambik video. Die kate nak masukkan dalam youtube. Esoknya,video tu tersebar. Semua orang gelak2 tengok aku kene kutuk,kene tendang.Malu wei. Aku tak tahu nak buat ape mase tu.” Kawan aku tertunduk,menitis air matanya.
“ Knape ko tak lawan? Dulu ko kan pantang dibuli,mesti melawan.” Aku bertanya.
“ Gile ko. Dekat U tu, senior tu la orang yang paling panas baran. Sape cari pasal ngan die kene la.”kata kawa aku bersungguh2.
Aku terdiam mendengar cerita itu. Tersenyum dalam berfikir. Adakah kerana dia dilabel sebagai seorang yang panas baran membuatkan dia rasa bebas melepaskan barannya pada sesiapa? Adakan kerana die rasa dia senior dia boleh sesuka hati menendang, mengutuk kawanku. Adakah dia rasa dialah paling hebat didunia ini sehingga dia mengetepikan hati dan perasaan orang lain? Apa motif senior tu heret kawan aku tu depan kawan2 dia? Apa motif kawan senior tu ambik video tu? Apa dia dapat kalu video tu tersebar?
“ Ala, relek r. bab2 dimalukan ni. Aku pon penah kene. Budak tu malukan aku dalam kelas, satu kelas gelakkan aku. Rase cam nak nangis je. Nak tampar, nk sepak budak tu pun ade. Tapi biar la. Malas nak fikir. Biarlah dia nk hebohkan kekurangan aku. Aku tak perlu balas. Allah kan adil.biar Allah je uruskan orang macam tu.” Aku menyambung bicara.
“ Betol jugak ye.”
Perbualan kami terhenti disitu. Walaupon pertemuan ini sudah setahun berlalu, tapi masih segar dalam ingatan. Kini, perbualan itu kian rancak bermain diminda,seakan minta dirungkai sesuatu daripadanya.
Apa yang menimpa kawan aku itu cukup mengaibkan dia. Dia ditendang,dikutuk tanpa belas kasihan. Videonya disebar ke serata alam. Sesiapa yang melihat pasti tergelak terbahak-bahak. Kononnya senior itulah paling hebat sehingga orang lain tak berani melawan. Lupakah dia dengan firman Allah s.w.t

” wahai org yg beriman jauhilah, kebanyakan dari sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip dan mencari-mencari kesalahan dan keaiban org lain ” ( surah Al-Hujurat:12) BAYANGKAN!!!!

Aku memerhati suasana sekeliling. Terlalu banyak perkara-perkara mengaibkan tesebar sekarang, mana kesedaran semua orang tentang kepentingan menjaga aib? Tidak perlu dihurai panjang berjela. Tidak perlu juga diberi banyak contoh. Ambil pendekatan mudah, bayangkan andalah orang yang ditendang itu,bayangkan video anda ditendang2 tersebar, bayangkan orang gelak terbahak-bahak menonton video anda ditendang..bayangkan dan bayangkan. Apa yang anda rasa? Tipu jika anda kata anda tak rasa apa2. Sebagai manusia ciptaan Allah, anda lemah,aku juga lemah. Jika ada perkara yang mengaibkan anda pasti anda sedih,geram,kecewa. Aku pasti!
JANGAN KAMU SOMBONG!!!!

Secara peribadi, aku mengkritik sesiapa yang sengaja menyebarkan aib seseorang. Tidakkah mereka fikir bagaimana perasaan orang yang diaibkan itu? Tidakkah mereka fikir bagaimana jika dia diaibkan. Jangan pandang remeh. Beringat sebelum terkena. Bukan bermakna aku tak pernah membuka aib orang, mungkin dalam tidak sedar,dalam gurauan,aku pernah membuka aib sesiapa dan seandainya aku pernah membuka aib kawan2 aku, aku mengkritik diri aku sendiri!!
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.” (HR Muslim)

Jangan sampai Allah buka aib kita. Nauzubillah. Ingat, sehebat mana pon kita, ada lagi Yang Maha Hebat. Siapa kita untuk berlagak sombong? Siapa kita nak buka aib orang? Adakah kita sempurna? Adakah kita yakin takkan ada orang berani membuka aib kita?

“ Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah s.w.t,maka barangsiapa yang menyaingi pakaianNya,Allah s.w.t akan menyeksanya kelak.”(sahih muslim)
Kisah rakan tadi benar-benar buat aku berfikir. Termenung,meletakkan diri ditempat rakan tadi. Malu, tak tahu ape nak buat.

WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK!!!
Tertarik kata2 pujangga, “What you give,you get back”. Kata seorang rakan, didunia ini kita guna ‘hukum’ ni. apa yang kita buat pasti akan kena kembali kepada kita. Kalau kita tolong orang masa susah, insyaAllah orang tolong kita masa kita susah. Jika kita membuka aib orang, tak mustahil berjuta-juta orang berani membuka aib kita. Saat diri rasa hebat,rasa berkuasa, ingatlah kita masih ada Yang Maha Berkuasa.
Article ini bukanlah luahan hati, cuma sekadar perkongsian,sebagai peringatan untuk anda dan saya. Sama2 kita muhasabah diri. Sama2 meletakkan rasa tawaduk dalam hati agar terhindar dari rasa besar diri,angkuh dan sombong!!
طُوْبىَ لِمَنْ شَغَلَهُ عَيْبُهُ عَنْ عُيُوْبِ النَّاسِ
Berbahagialah orang yang sibuk dengan kekurangannya sendiri sehingga tidak melihat kekurangan (kelemahan atau aib ) orang lain. HR. Bazzar

“Ya Allah.. Bimbing kami menjadi orang yang mampu menjaga aib orang lain sebagaimana orang lain menjaga aib kami..”

Jagalah aib saudara kamu supaya Allah menjaga aib kamu!!!
 

Tanyalah Ustazah Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal