Friday, November 11, 2011

Krisis Rumahtangga? Amal Ini Dahulu

Posted by alQasam at 12:26 AM 28 comments
Bismillah

Allahummasolli'alannabi

Pelbagai masalah rumahtangga dihantar ke emel saya.

Saya bukan pakar kaunseling keluarga. Jesteru tidak semua soalan dapat saya jawab. Seandainya tidak mendapat apa-apa respon saya berikan 4 panduan asas di bawah.

Di harap para pengungjung blog dpt amalkan 4 perkara ringkas untuk keberkatan dan panduan asas keluarga.

1) Pelihara solat dan ibadah-ibadah wajib
2) Sentiasa bermesyuarat dengan ahli keluarga
3) Sentiasa menambah ilmu dengan guru dan Ulama amilin
4) Sentiasa melazimi amalan-amalan sunnah, wirid dan solat taubah

Hikmah 4 perkara di atas

1= akan dipelihara ALLAH. 2= mendapat keberkatan dan mengelak krisis 3= memeperkemas halatuju, jati diri,hubungan ALLAH dan manusia. 4= menguatkan spiritual, mental dan psikologi


Jika sekalipun salah seorang bermasalah, jika pihak lagi satu melazimi 4 perkara asas di atas inshallah, akan temui jalan keluar/penyelesaian.

Allahua'lam

Wednesday, April 20, 2011

Zihar Isteri

Posted by alQasam at 1:08 PM 7 comments
Assalamualaikum

Ada soalan dari seorang isteri tentang persoalan zihar. Namun email tersebut tidak dapat ditemui. Jesteru saya berharap agar penghantar email tersebut dapat melihat terus ke post ni.

Jawapan ringkas:-

Zihar bermaksud menyamakan belakang isteri dengan mahram si suami. Hukumnya haram.

Ulama bersepakat bahawa suami yang menzihar isterinya hukumnya adalah haram. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta” (Surah al-Mujaldalah:

Ulama Syafi’iyyah menyatakan lafaz menyamakan itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar.

Namun ia bergantung pada lafaz dan niat suami:-

1) Lafaz sorih (jelas) atau kinayah (sindiran)

2) Niat

Jika jelas, maka jatuh. Jika sindiran maka dilihat pada niat.

Seingat saya email tersebut berbunyi, jika kamu isteriku tidak mahu mandi sekali maka lebih baik etc. Maka lafaz ini adalah lafaz yang berbentuk sindiran perlu kepada [endetailan lagi. Jadi, saya minta kepada si penghantar email agar dapat email saya untuk pertanyaan lanjut (saya ingin bertanya beberapa soalan dahulu sebelum memberi jawapan pasti)

Wallahua'lam

Monday, April 11, 2011

Soal Jawab

Posted by alQasam at 11:38 AM 57 comments
Assalamuaalaikum

Bagi yang menghantar soalan menerusi email,saya akan jawab satu persatu mengikut turutan. Saya baru lepas berpantang. Inshallah.

Thursday, January 6, 2011

Hukum Penyusuan Dan Bank Susu

Posted by alQasam at 12:13 PM 0 comments
Saya diminta oleh dunia susu ibu menjawab persoalan hukum memberi susu yang diperah kepada anak-anak lain samada anak yang tiada ibubapa atau selainnya.

Bismillah

Apabila membicarakan persoalan penyusaan dan susu ibu di zaman moden, terdapat bebearapa garis pandu dan isu yang perlu diperhalusi.

PERTAMA, menjelaskan pengertian radha' (penyusuan) yang menjadi acuan syara' untuk menetapkan pengharaman.


“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23




Menurut perbincangan Ulama Fiqh klasik dan kontemporari harus kita memberi sususan secara percuma atau mengambil bayaran berdasarkan keharusan mengambil upah menyusukan bayi yang dilakukan pada zaman Nabi saw. Persoalan di sini apakah hukum dan garis pandu menderma susu atau memberi susu kepada bank susu ATAU individu tertentu.

Ringkasnya di sini terdapat tiga isu:-

1) Hukum Rodo' telah diringkaskan Ulama' apa sahaja cara susu sampai kepada bayi samada melalui hisapan atau kerongkong atau hidup. Ini pendapat kebanyakan Ulama' termasuk Dr Yusuf Qardhawi dan Ulama Mazhab yang tiga.Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Syafi'i yakni Jumhur atau majoriti Ulama'.


Riwayat pertama, lebih dikenal sebagai riwayat dari Imam Ahmad dan sesuai dengan pendapat jumhur ulama: bahwa pengharaman itu terjadi melalui keduanya (iaitu dengan memasukkan susu ke dalam perut baik melalui mulut maupun melalui hidung). Adapun yang melalui mulut (wajur), karena hal ini menumbuhkan daging dan membentuk tulang, maka sama saja dengan menyusu. Sedangkan melalui hidung (sa'uth), karena merupakan jalan yang dapat membatalkan puasa, maka ia juga menjadi jalan terjadinya pengharaman (perkahwinan) karena susuan, sebagaimana halnya melalui mulut. Riwayat kedua, menolak bahawa kaedah berkenaan tidak menyebabkan berlakunya pengharaman perkahwinan dengan alasan ia bukan salah satu bentuk penyusuan. (iaitu melalui hidung)


SEBAB PENGHARAMAN:-

Dalam hal ini, al-Qaradawi berpendapat, jika itu dijadikan 'illat atau sebab yang boleh mengharamkan perkahwinan karena ia boleh membentuk tulang dan menumbuhkan daging dengan cara apa pun, maka apa kurangnya memasukkan darah seorang wanita kepada seorang anak yang membolehkan wanita tersebut atau anak tersebut haram berkahwin dengannya. Malah proses memasukkan darah melalui pembuluh darah ini lebih cepat dan lebih kuat pengaruhnya daripada proses penyusuan. Tetapi hukum-hukum agama tidaklah dapat dipastikan dengan dugaan-dugaan, karena persangkaan adalah sedusta-dusta perkataan, dan persangkaan tidak berguna sedikit pun untuk mencapai kebenaran.

Ringkas sebab atau illah keturunan melalui penyusuan bukan kerana menghisap dari payudara tetapi KERANA

a) Susu sampai ke perut
b) Susu itu membentuk tulang, darah dan daging yang menjadi SEBAB tumbubesaran seseorang bayi.

Jesteru samada cara:-

1) Hisapan
2) Tuang
3) Suntikan
4) Botol

Kesmuanya dikira sebagai 'Rodo' atau sususan.


KEDUA: BANK SUSU ATAU DERMA SUSU


Menurut pendapat Dr Wahbah Zuhaily beliau menentang penubuhan bank susu dikhuatiri akan berlakunya pencampuran nasab.

Jesteru, penetatapan Majlis Fiqh sedunia telah mengeluarkan hukum di bawah:-

enetapan (Qarar) no. 6 (2/6) tentang Bank Susu Oleh Majlis Fiqh Islami

Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 – 28 Disember 1985 bersamaan 10 – 16 Rabiul Akhir 1406;

Setelah penelitian terhadap isu Bank Susu berdasarkan disiplin ilmu Fikah dan perbincangan mendalam yang berlangsung dalam 2 sesi, Majlis Feqah Islami telah mendapati bahawa:


Pertama : Insititusi Bank Susu adalah merupakan ujian dan
eksperimen bangsa Barat. Namun institusi ini semakin
kurang mendapat perhatian kerana timbul anasir-anasir
negatif berdasarkan kajian dan tinjuan ilmiah.

Kedua : Seluruh umat Islam telah berijmak bahawa kesan dan
akibat penyusuan (rodho`) adalah sama seperti pertalian
keturunan dan darah (nasab). Sementelah pula Islam
datang dengan tujuan untuk menjaga kepentingan
keturunan (nasab) dan kewujudan Institusi Bank Susu
boleh menyebabkan percampuran keturunan secara tidak
Syar`iy dan menyebarkan keraguan.

Ketiga : Bayi-bayi yang kekurangan berat badan atau menghidapi
penyakit-penyakit tertentu (yang menjadikan susu badan
sebagai penawar) masih boleh dirawat melalui proses
penyusuan biasa sama ada daripada ibu kandung atau
penyusu upahan. Dari sudut ini, institusi Bank Susu
dilihat tidak relevan diwujudkan.


Atas sebab-sebab tersebut, penetapan (Qarar) Majlis adalah seperti berikut:

  1. Menentang kewujudan Bank-bank Susu Ibu di seluruh negara Islam
  2. Mengharamkan pengambilan susu dari bank tersebut. Wallahu a`lam.
ALTERNATIF ATAU GUIDELINE

i. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari lima kali yang mengenyangkan.
ii. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil “Ibu susuan” agar ia mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.

Tambahan dari saya:-

iii- Jika ingin menderma susu yang diperah yang berlebihan kepada hospital atau anak angkat, hendakalah si penderma memberi maklumat peribadi ATAU memaklumkan latar belakang.

iv: WAJIB mempunyai satu sistem yang mencatatkan salasiah kedua belah pihak. Wajib mengisi borang secara formal. Hendaklah si penerima juga mengisi borang secara formal dan mengetahui siapakah yang menderma susu kepada anaknya

vi: Sekalipun melalui blog atau sebagainya hendaklah dijaga garis pandu yang telah diberi syara' agar dapat menjaga kemaslahatan di masa akan datang walaupun kita asalnya hendak membuat kebajikan.

Wallahua'lam

Ustzah Sumayyah A.Aziz

Review/Ulasan tulisan Mohd Rumaizuddin Ghazali

Friday, July 23, 2010

Seruan Penafsiran Semula AlQuran

Posted by alQasam at 7:19 PM 1 comments
Bismillah

Adalah menjadi keperluan bagi kita memahami suatu disiplin ilmu itu sebelum memperbahaskannya.

Jika dalam bidang feqh, wajib memahami disiplin ilmu itu itu sendiri agar kita dapat berlaku adil dalam menguruskan persoalan feqh itu sendiri.

Begitu juga cabang-cabang ilmu yang lain.

Pada 17 Mei 2010 satu seminar memaparkan satu tokoh telah menyeru penafsiran semula. Bukan sekali. Bahkan telah berulang kali kita mendengar sosok yang melaungkan seruan penafsiran semula AlQuran dari golongan literalis dan liberalis zaman moden.

Membahayakan.

Memberi penafsiran baru dalam aspek-aspek baru itu tidak menjadi masalah. Namun apabila penafsiran semula berlaku dalam perkara yang telah jelas dan qotie hukumnya itu menjadi masalah.

Laman-laman cenderung liberalis yang mengecam ahlil mufassirin sebagai biased lelaki dan menolak keperluan hadis sebagai asbabun nuzul membuatkan kita tidak senang duduk dengan fenomena ini.

Inilah aliran barat dan ideologi sesat yang menyerap masuk dengan halusnya ke dalam pemikiran Umat Islam tanpa di sedari.

APA ITU TAFSIRAN ALQURAN

Tafsiran AlQuran bukan tafsir berbentuk lafzi atau ayat descriptive semata-mata.

Ia berkait rapat dengan hukum-hakam, aqidah, tauhid dan kaedah pensyariatan.

Semuanya kembali kepada sebab-sebab tertentu ayat-ayat tersebut diturunkan.

Jesteru, saksi-saksi yang menyaksikan penurunan ayat-ayat itu adalah para Sahabat.

Mereka yang paling dekat dengan Nabi saw, meriwayatkan sebab-sebab penurunan sesuatu ayat yang akhirnya menjadi konteks fokus kepada penafsiran sesuatu surah ataupun ayat.

AlQuran bukan kitab sastera.

Ia kitab ALLAH yang menjadi asas kepada ilmu tieologi monethism yakni Tauhid.

Bahkan apabila kita melihat sesuatu karya manusia, memerlukan ilmu alat (kemahiran bahasa, nahu sorof) dan disiplin ilmu tersebut sebelum kita berhak mengkritik ataupun mengulas secara ilmiah sesuatu karya tersebut.

Apatah lagi dengan AlQuran.

Mengeluarkan seruan agar AlQuran ditafsir semula kerana penafsirnya sebelum ini ketinggalan zaman dan manusia biasa adalah kata-kata paling lemah dalam dunia intelektual moden!

Ia hanya sentimen. Bukan hujah ilmiah.


SALAF & KHALAF

Harus kita fahami persoalan tafsiran Alquran.

Pebezaan di antara tafsiran AlQuran dan syarah ataupun anaslisa kepada tafsir itu sendiri.

Jika tafsir kita terikat dengan disiplin ilmu yang ketat kerana kita berlegar di lingkungan THE REASON of why ayat itu diturunkan yang MEMBAWA kepada FOKUS UTAMA SEBAB HUKUM itu diturunkan yang semuanya berjalan tentunya di ruang para sahabat.

Akhirnya, disampaikan kepada tabieen, tabie tabieen dan ulama' amilin.

Jika silsilah (connection) ini menepati susur galur disiplin ilmu yang terpelihara maka akan sampai pula kita kepada anaslisa kepada tafsir yang disebut syarah tafsir (anaslisa) Ulama' khalaf.

Perbezaan antara tafsiran dan anaslia kepada tafsir adalah perkara yang berbeza.

Jika tafsiran wajib bersandarkan kepada dalil naqli (i.e hadis, asbabun nuzul, ulum Quran dan lain-lain), analisa kepada tafsir terbahagi kepada kelompok cendiakawan pelbagai.

Ini yang diharuskan dalam aspek pembudayaan ilmu.

Dengan syarat mematuhi displin ilmu dan mengikut silsilah atau susur galur sampainya tafsiran itu kepada mereka (Talaqqi, dhobit (ketepatan) pemahaman dan lain-lain).

Akhirnya terbahagi kepada para mufassirin khalaf yang berbeza.

Terdapat cendiakawan yang menafsirkan AlQuran dari sudut balaghah, bahasa, hukum-hakam, sejarah, politik dan lain-lain.

Ulama' seperti Ibnu Atiyyah, Imam Fakhruddin ArRazi, Imam Samarqandi, dan pelbagai lagi cendiakan Islam yang HANYA menganalisa tafsiran Alquran MENURUT ilmu, bidang dan kepakaran mereka sahaja melainkan jika sosok Ulama' itu pakar dalam semua bidang seperti Imam Qurtubi dan Dr Wahbah Zuhaily.

Namun semuanya mematuhi syarat-syarat penafsiran dan disiplin ilmu pentafsiran AlQuran.

Antaranya, Nabi saw melarang keras penafsiran melalui akal semata-mata.

TAFSIR BIL MAT'HUR & TAFSIR BIRA'YI

Definasi bagi keduanya seperti berikut:-

“Tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an, hadis, pendapat sahabat, atau tabi’in,”[1] dan tafsîr bi al-ra’yi yang diertikan sebagai “upaya menyingkap isi kandungan al-Qur’an dengan ijtihad yang dilakukan dengan mengapresiasi eksistensi akal.”[2]


Tafsir melalui semata-mata rasional akal TANPA berpandukan kepada silsilah riwayah yang soheh amat dilarang keras Nabi saw. Larangan ini bukan bersifat ritual ibadah, namun ianya menyanggahi disiplin dan inteltual ilmu itu sendiri.

حدّثنا سُويد بن عمرو الكلبي حدثنا أبو عَوَنة عن عبد الأعلى عن سعيد بن جُبير عن ابن عبّاس عنغ النبي صلعم قال اتّقوا الحديثَ عنّي الا ما علمتُم فمن كذبَ عليّ متعمّدًا فاليتبوّأ مقعده من النار ومن قال في القرآن برَأيه فاليتبوّأ مقعده من النار قال أبو عيسى هذا حديث حسن (اخرجه الترمذي

Menurut Dr Syarif dari Jakarta, apabila menganalisa hadis di atas, berkata:-



Secara zhahir matan hadis-hadis tentang pelarangan tafsir bi al-ra’yi terdapat beberapa variasi. Variasi itu terjadi pada: kata al-Qur’an sekali diganti dengan kitab Allah,[3] kata bi ra’yih ada penambahan an bimâ lam ya’lam, dan perbedaan akhir matan falyatabawwa’ maq’adahû min al-nâr dengan faashâba faqad akhtha’a.[4]

Kata kunci yang pelru ditampilkan dalam analisis ini ialah bira’yihi. Secara harfifah kata al-ra’yu berarti keyakinan, pengetahuan, dan akal. Kata ini juga identik dengan ijtihad.[5] Dengan begitu istilah tafsir bi al-ra’yi dapat diartikan sebagai tafsir dengan keyakinan – sifanya pribadi, pengetahuan, dan akal, atau dapat disebut tafsir dengan ijtihad. Di dalam hadis yang dikeluarkan al-Tirmidzi, dijelaskan bahwa kata ini diidentikkan dengan kata yufassir al-Qur’an bi ghairi ‘ilm, yaitu menafsir al-Qur’an dengan pendapat pribadi atau hanya berdasar dari diri sendiri.[6] Atau menurut syarahnya, bira’yih ialah dengan akal telanjang menurut pendapatnya sendiri tanpa mengikuti pendapat umum.[7]

Bentuk larangan pada hadis ini tidak dengan shighat (bentuk) atau ushlub nahy, tetapi dengan ushlub khabariyah yang di dalamnya terdapat ancaman. Ancaman itu ialah siksa neraka, falyatabwwa’ maq’adahu min al-nar dan ancaman tergelincir dari syari’at.


KESIMPULAN

Telah jelaslah akan aspek dan konteks penafsiran yang bagaimana yang dimaksudkan selari dengan kehendak AlQuran dan disiplin ilmu itu sendiri.

Menyanggahinya, anda menyanggahi budaya intelektual sekalipun anda mendakwa sebagai pemikir yang menyeru kepada kebebasan memberi pendapat dan reformis yang ingin mencambah falsafah baharu AlQuran.

------------------------
1-Muhammad’Abd al-Azhim al-Zarqani, Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur’an (Beirut Dar al-Fikr, 1986), jilid II, hal. 13 – 14. Yang terakhir ini, tabi’in, dalam perselisihan ulama.

2-Abd al-Rahman al-‘Ak, Ushul al-Tafsir wa Qawaidah (Damaskus : Dar al-Nafais, 1986), ms. 255

[3] Pada hadis riwayat al-Thabrani jalur Jundab.

[4] Perbedaan ini secara seragam, yaitu pada jalur Ibn ‘Abbas menggunakan yang pertama, sedangkan pada jalur Jundab menggunakan yang kedua.

[5] Khalid ‘Abd al-Rahman al’Ak, Ushul al-Tafsirwa Qawa’iduhu (Damaskus: dar al Nafa’is, 1986), hal. 167.

[6] Baca Sunan al-Tirmidzi, hadis no. 2876


Alqasam aka Ustz Sumayyah A.Aziz

Tuesday, April 13, 2010

Hak Isteri Selepas Bercerai

Posted by alQasam at 1:44 AM 2 comments

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :

'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'.
( Surah at-Talak : 6 )

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu ialah :

i. Tuntuan Mutaah

Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah:
' Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa'.
(Surah Al-Baqarah : 241)

Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
'Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan'.
(Surah Al-Baqarah : 236)

Firman Allah swt :
'Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya'.
(Surah Al-Ahzab : 49)

Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.

Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.

Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.

Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:

Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.

Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.

Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.

DIREKTORI PERKAHWINAN SYOKKAHWIN.COM

ii. Tututan Nafkah Eddah

Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat:

a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
'Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya'.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.

b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt:
'Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya'.
( Surah At-Talaq: 6)

Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu lahir.
Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi penderitaan di mana kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.

c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada saw mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan:
'Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah'.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat nafkah kerana Allah swt berfirman:
'Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekayaaan kamu'.
(Surah At-Talak : 6)

Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat nafkah.

d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
'Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami'.
(Riwayat Darul-Qutni)

Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.

e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 menyatakan:
'Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran'.

Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:

'Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah:
'Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya'.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman Al-Jazini menerangkan :
'Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung'.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:
'Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah maka ia menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput', berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ;
'Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya'.

Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan syarat-syarat di atas.

iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)

Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
'Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: 'Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku'. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,'Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain'.
(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.
Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya berdasarkan hujah kitabKifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 93:
'Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)'.

Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:
'Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu'.

Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya. Persoalan yang timbul ialah apakah had umur untuk menentukan mumaiyyiz itu? Sebenarnya Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun menurut kebiasaan, bagi lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dianggap mumaiyyiz manakala perempuan pula apabila berumur 9 tahun. Apabila pemeliharaan anak itu dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan bahawa kerabat dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika ibu hilang kelayakan hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas (butir-buti penuh lihat lampiran ‘A’).

Dalam kes Rugayah lwn Bujang (1987 Jld. VI, I J.H.) Yang Arif Kadi Besar Wilayah Persekutuan Syeikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman telah memutuskan hak jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan kepada anak-anak itu siapakah yang ia mahu sama ada tinggal dengan ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah hadith:
'Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal'.
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

'Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami perempuan itu, 'Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju cara membuang undi)'. Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa dengan sabdanya: 'Ini bapa engkau dan ini ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama'. Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu. Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama'.
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)

Dalam hadith yang lain:
'Seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: 'Ya Rasulullah, suamiku hendak membawa anakku, pada hal anakku sudah pandai mencari air untukku ke perigi Abu Inabah'. Rasulullah menjawab: 'Ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tangan ibumu. Kemudian perempuan itu pergi bersama anaknya'.

Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz diberi pilihan sendiri untuk menentukan siapa penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan yang timbul ialah jika anak itu berdiam diri? Menurut kitab Fathul-Muin dalam fasal hadhanah menyatakan anak itu lebih utama diserahkan kepada ibunya.

Berkata Ibnul-Qaiyim: 'Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih. Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: 'Aku dengar gutuku berkata: 'Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:'Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak itu menjawab: 'Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku'. Mendengar demikian, hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan: 'Engkau lebih berhak memelihara anak itu'.

Demikian pandangan Ibnu Qaiyim. Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya ýFiqh As-Sunnah Juz 8 halaman 219 menyatakan: 'Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting dari hak penjaganya'.

Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.

Anak Antara Bapa Dan Ibu

Ulama Syafi’iyah berkata: Apabila anak tersebut lelaki dan ia memilih ibunya, anak itu boleh tinggal di tempat ibunya pada malam hari, pada siangnya bapa boleh mengambilnya untuk disekolahkan atau bekerja. Kerana tujuan mengasuh anak adalah untuk kebaikan. Apabila si anak memilih bapanya maka anak tinggal bersama bapanya siang malam tetapi tidak boleh dicegah apabila si anak ingin menjenguk ibunya. Mencegahnya akan menyebabkan si anak derhaka kepada ibunya dan memutuskan hubungan dengan ibunya. Apabila si anak sakit maka ibu lebih berhak untuk merawatnya kerana sakitnya itu menyebabkan si anak seperti anak kecil yang memerlukan layanan, kerana itu si ibu lebih berhak mengasuhnya.
Apabila anak itu perempuan dan ia memilih salah satu antara dua orang tuanya maka ia boleh tinggal di tempat orang tua lain, asalkan tidak terlalu lama. Kerana perceraian antara suami isteri menyebabkan kedua-dua bekas suami isteri itu tidak sesuai untuk berada di satu tempat. Apabila anak perempuan itu sakit maka ibunya lebih berhak merawat di rumahnya. Apabila salah satu orang tuanya sakit sedangkan si anak tidak serumah dengannya maka si anak tidak boleh dicegah untuk menjenguknya atau untuk hadir di tempat orang tuanya yang meninggal dunia.

Bercerai Bersama Anak

Ibnu Qaiyim berkata: 'Apabila salah seorang antara orang tuanya berpergian kerana adanya suatu keperluan, tetapi akan kembali dan lainnya tidak berpergian maka orang yang tidak berpergian lebih berhak mengasuhnya kerana berpergian dengan membawa anak kecil terutama yang masih menyusu akan menyusahkan si anak. Apabila salah seorangnya berpindah untuk menetap di tempat lain sedang tempat yang dituju atau perjalanannya mengkhuatirkan maka orang tua yang mukim lebih berhak mengasuhnya. Apabila perjalanannya aman, ada dua pendapat:

Bahawa asuhan anak itu diserahkan kepada bapa agar bapa dapat tetap mendidik anaknya. Pendapat ini adalah juga pendapat Malik dan Syafi’i. Pendapat ini juga dipraktikkan oleh Qadhi Syuraih.

Bahawa ibunya lebih berhak mengasuh anaknya. Pendapat lain mengatakan bahawa apabila yang pergi itu bapanya maka ibu lebih berhak mengasuhnya. Kalau ibunya pergi ke daerah asalnya maka ibu itulah yang lebih berhak mengasuhnya. Apabila si ibu pergi ke tempat lain maka bapanyalah yang lebih berhak mengasuhnya. Demikianlah pendapat Abu Hanifah.

Pada prinsipnya kita meninjau dan meneliti mana yang paling baik untuk si anak dan lebih bermanfaat, apakah dapat memelihara dan dapat menjaga si anak. Anak itu pergi bersama salah seorang antara kedua-dua orang tuanya ataupun tidak ikut, sama sahaja, asalkan tidak menyebabkan putusnya hubungan anak dengan orang tuanya. Apabila ada maksudnya menyusahkan si anak maka si anak tidak boleh diajak pergi.


Kredit Artikel: Unknown

Sunday, April 4, 2010

Hukum Umum Penggunaan Social Networking: Facebook

Posted by alQasam at 7:56 PM 0 comments
S: Hukum Menggunakan Facebook


Askum

Bismillah wa Allahumma Solli 'Ala Muhammad


Facebook adalah satu laman interaksi yang dipelopori oleh kaum Kuffar.

Ianya dikira sebagai muamalah dalam ISLAM. Ianya harus berdasarkan kaedah Islam

"Al-aslu fi shayin al-ibahah"

Asal kepada sesuatu perkara (muamalah) selagi mana tidak ada dalil yang mengharamkannya adalah harus.

Yakni harus membeli barang orang kafir, berurusniaga dan sebagaimana selagi mana tidak ada dalil yang mengharamkannya. Nabi saw juga berurusann dengan kaum Yahudi, Kafir dll di zaman Baginda saw.

Ianya bukan ibadah ATAU termasuk mana-mana kategori adat dalam agama.

Jesteru, ia termasuk interaksi sosial yang harus.


Bagaimana pula jika didatangkan kita persoalan yang mana ianya kepunyaan Yahudi maka wajib diboikoti?

Jawapan saya dalam isu ini ada 2:-

1) Saya tidak pasti kesahihan (skeptikal) adakah facebook ini benar-benar milik pemilik berbangsa Yahudi. Ringkasnya, tiada bukti atau dalil kukuh ia milik Yahudi.

2) Dan jika ia benar-benar milik Yahudi (Bukan zionis) atau terbukti benar IA milik orang Yahudi maka menggunakannya ATAU tidak perlu dengan dua hujjah.

a) Jika produk ini (Facebook) dimiliki oleh bangsa kafir (bukan proxy ZIonis semata-mata) maka menggunakannya adalah harus. Menjauhinya merupakan wara'. Yakni ia bukan proxy Zionis yang menggunakan ekonominya untuk menggumpul dana menghancurkan ISLAM.

b) Jika ia produk ini milik proxy ZIonis, maka haram menggunakannya.

c) JIka ia bukan milik Yahudi tetapi pemiliknya adalah kafir samada Amerika atau lain-lain. Menggunakannya HARUS dengan hujjah yang diberi oleh ramai Ulama':-

i) WAJIB memboikot proxy Zionis, produk AMERIKA yang menjadi proxy Yahudi TETAPI ulama' mengecualilkan dua perkara:-

1) Ubatan-ubatan
2) Barangan komputer/ telekomunikasi

Yakni, barangan yang TIADA atau BELUM SEPENUHNYA punya alternatifl. Harus menggunakannya barangan tersebut DALAM masa yang sama WAJIB BERUSAHA mencipta alternatif baru hasil dari produk ISlam.

ii) Telekomunikasi adalah ALAT DAKWAH, harus digunakan sekadar perlu. TIDAK melalaikan, TIDAK membawa kepada maksiat, melalaikan dari kewajipan asal (ibadah, dakwah) dan lain-lain perkara haram.

Pegangan saya:-

Saya menggunakan FB lama dahulu dengan penggunaan 0.0001 peratus. Tidak berminat terlibat terlalu dalam APATAH lagi menjadikan ia sebahagian dari hidup. Ia boleh melalaikan apatakah lagi menyia-nyiakan hidup saya. Jesteru, saya telah mengambil keputusan yang demikian. Ibarat suatu objek yang tidak punya makna. Sekadar mengambil dalil harus untuk menghubungi networking banyak laman-laman Ulama' luar negara dll. Sedang blog pun mampu melalaikan dan telah mengambil masa banyak, cukuplah satu alat sahaja. Twitter, FB dll tidak berminat saya untuk bermesra dengan mereka. Pesan Habib Ali Joofre, berlarutan atau telalu bersenang-senang dengan benda harus, mampu juga mengeraskan hati.

Sekian,

Segala kekuarangan dari diri saya dan yang baik dari ALLAH jua.

Wallahua'lam.
 

Tanyalah Ustazah Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal